Pages

Monday, 8 April 2013

vSphere - RDM Compatibility Mode

Kita akan guna RDM (Raw Device Mapping) kalau VM memerlukan akses secara terus kepada storage, bukan datastore. Kalau datastore, kita akan guna sistem fail VMFS.

Biasanya kita guna RDM untuk buat cluster seperti OS clustering, MS Exchange clustering dan sebagainya. Senang cerita RDM ni untuk application yang kena ada cluster.

Ada dua jenis Mode untuk RDM iaitu Virtual dan Physical.

Virtual Mode

Virtual mode maksudnya kita akan map secara virtual keseluruhannya kepada device. Device ni maksudnya volume yang kita create dalam storage, apa benda pulak volume ni? Volume ni maksudnya macam partition yang kita buat dalam storage, atau nak lebih paham lagi macam partition C:\ atau D:\ dalam Windows. VMkernel hanya menghantar arahan READ dan WRITE kepada device. OS dalam VM akan nampak device ni sama macam fail virtual disk dalam VMFS volume.

Semua ciri-ciri atau features yang ada pada device tersebut akan hidden (tak nampak pada VM). Kelebihannya ialah kita akan dapat advanced file locking untuk perlindungan data snapshot untuk streamlining development process (tak reti nak translate). Virtual mode juga portable, boleh dipindahkan ke mana-mana VM dengan sesuka hati.

Physical Mode

Dalam mode ini, semua arahan SCSI dihantar terus kepada device oleh VMkernel. Kesemua ciri-ciri fizikal device akan dapat dilihat oleh VM. Nak senang cerita lagi, kita boleh run agen SAN Management atau lain-lain SCSI target-based software dalam VM. Physical Mode juga sesuai kalau nak buat clustering.





No comments:

Post a Comment