Pages

Sunday, 7 April 2013

vSphere - Virtual Machine Memory Overhead

Apakah yang dimaksudkan dengan memory overhead?

Setiap VM yang sedang aktif di dalam ESX Host menggunakan tambahan resource iaitu memory overhead disamping jumlah memory yang ditetapkan.Resource tambahan tersebut diperlukan oleh ESX Host untuk internal VMkernel datastucture seperti virtual machine frame buffer dan mapping table untuk memory translation (mapping fizikal memory dan virtual memory). Terdapat 2 jenis memory overhead iaitu :-

Static Overhead

Static overhead adalah overhead minimum yang diperlukan ketika virtual machine dihidupkan. DRS dan VMkernel menggunakan metrik ini untuk Kawalan Kemasukan dan Pengiraan VMotion. Host destinasi mesti mempunyai jumlah reservation resource dan static overhead yang sama untuk menghidupkan VM.

Dynamic Overhead

Sebaik sahaja VM dihidupkan, virtual machine monitor (VMM) akan meminta memory tambahan. VMM akan membuat permintaan resource tetapi VMkernel tidak diperlu untuk membekalkannya. Jika VMM tidak mendapat tambahan resource tersebut, VM akan masih berfungsi seperti biasa tetapi boleh menyebabkan penurunan prestasi. VMkernel memerlukan VM Memory Overhead Reservation sama seperti Memory Reservation dan tidak akan melepaskan memory ini sebaik sahaja digunakan.


No comments:

Post a Comment