Pages

Monday, 8 April 2013

vSphere - Virtual Disk Independent Mode

Bila kita create virtual disk baru, kita akan diberi pilihan sama ada untuk create virtual disk secara independent mode atau tidak.

Kalau korang pilih Nonindependent mode, kesemua data akan disimpan secara kekal ke dalam disk tetapi korang akan ada pilihan untuk rollback kepada keadaan asal jika diperlukan. Inilah gunanya snapshot.

Terdapat dua pilihan jika memilih independent mode iaitu :-

1) Persistent
2) Nonpersistent

Persistent

Disk yang dibina dengan persistent mode akan bertindak seperti conventional disk drive atau seperti hard disk fizikal di dalam server. Semua data yang ditulis ke dalam disk akan disimpan secara kekal di dalamnya.

Mode jenis ini sesuai kalau kita nak simpan secara kekal seperti log files, database dan sebagainya.

Nonpersistent

Nonpersistent mode berlawanan dengan Persistent iaitu data yang ditulis ke dalam disk tidak akan disimpan secara kekal, data akan hilang sebaik sahaja VM ditutup atau reset.

Mode jenis ini sesuai kalau nak VM kekal seperti keadaan asal selepas ditutup atau reset, contohnya macam lab training, software testing dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment