SCSI controller juga dikenali sebagai SCSI Adapter.
Terdapat 4 jenis SCSI Controller iaitu :-
1) BusLogic Parallel
2) LSI Logic Parallel
3) LSI Logic SAS
4) VMware Paravirtual
Setiap satunya mempunyai kelebihan dan kegunaan khusus tersendiri.
LSI Logic Parallel
Adaptor jenis ini adalah yang paling biasa digunakan kerana ianya compatible dengan mana-mana platform OS. Dahulunya dikenali sebagai LSI Logic sahaja. Tiada perbezaan yang ketara daripada segi prestasi dengan LSI Logic SAS.
Adaptor ini serasi digunakan untuk Windows 2003, Vista dan Linux.
LSI Logic SAS
Adaptor ini adalah generasi LSI yang baru. Ia juga dapat menyokong penggunan MSCS (Microsoft Cluster Service). Oleh kerana itu, ia sesuai digunakan bersama-sama platform Windows yang moden.
Adaptor ini serasi digunakan untuk Windows 2008, dan Windows 7.
BusLogic Parallel
Adaptor ini digunakan untuk menyokong platform yang lama seperti Windows 2000. Adapter ini tidak lagi digunakan secara meluas dan tidak lagi diselenggara. Adaptor ini boleh dikategorikan sebagai telah tamat tempoh / lupus.
Adaptor ini serasi digunakan untuk Windows 2000.
VMware Paravirtual (PVSCSI)
PVSCSI adalah high-performance storage adapter yang menghasilkan nilai throughout yang tinggi dan penggunaan CPU yang rendah. Ia sangat sesuai digunakan dalam persekitaran SAN dimana hardware dan aplikasi mempunyai nilai I/O throughput yang sangat tinggi. Namun begitu, PVSCSI tidak sesuai digunakan dalam persekitaran DAS (Direct Attached Storage).
Adaptor ini serasi digunakan untuk Windows 2003, Windows 2008 dan RHEL 5.
No comments:
Post a Comment